Saturday 15 September 2007

Sambal Tumis Udang



Ikan Tenggiri Masak Taucu

Recipe For Ikan Tenggiri Masak Taucu

Bahan-bahan

3 keping ikan tenggiri (dipotong 2)
3 sudu besar taucu
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1/2 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 mangkuk air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing
  2. Panaskan minyak, tumis cili merah, bawang besar, halia dan bawang putih.
  3. Masukkan taucu, setelah itu masukkan air asam jawa dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan tenggiri, angkat dan hidangkan.

Kuih Ketayap / Gulung


Recipe For Kuih Ketayap or Kuih Gulung

Bahan Kulit (Batter)

1 cawan tepung gandum
1 cawan jus air pandan ( mesin 5 helai pandan + 1 cawan air)
1/2 cawan santan / susu segar
1 biji telur
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam

Bahan Inti

150g gula merah
3 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/2 cawan kelapa parut ( dessicated coconut)

(nota: sekiranya tiada pandan, gantikan 1 cawan jus pandan dengan 1 cawan air dan tambahkan pewarna hijau)

Cara-cara
  1. Untuk Inti, masukkan bahan ini ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api sederhana dan kacay sehingga sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kulit, masukkan semua bahan ke dalam 'blender' dan kisar. Tapiskan bahan yang telah dikisar.
  4. Panaskan 'non-stick pan' yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan & lenggangkan 'non-stick pan' supaya adunan rata & nipis.
  6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  7. Masukkan inti ditepi dan lipatkan bahagian kiri dan kanan dan gulung kemas-kemas.
  8. Lakukan sehingga selesai.

Kuih Bakar / Kemboja


Recipe For Kuih Bakar/Kemboja

1 cup of sugar
1 cup of water (or pandan juice)
2 cups of wheat flour (all purpose flour)
450 ml of milk
2 tbsp of butter (melted)
3 eggs
1/2 tsp of salt
2 tbsp of sesame
A few drops of green food colouring

Methods
  1. Preheat oven to 180C
  2. Blend all the ingredients
  3. Pour batter in greased pans and sprinkle with sesame
  4. Bake in preheated oven until it turn brown or a toothpick inserted into the centre come out clean.

Kurma Daging

Recipe For Kurma Daging (Beef Korma)

500g daging
100 ml santan
450 ml air

Bahan Kisar:
3 tbsp rempah kurma
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis:
2 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 biji buah pelaga
3 tbsp minyak masak

1 biji cili merah
1 biji cili hijau
250g ubi kentang ( potong 4 )
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Kisar semua bahan kisar bersama 1 cawan air sehingga lumat,
2. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bahan tumis,
3. Masukkan rempah yang dikasar dan masak sehingga naik wangi,
4. Masukkan daging dan air serta santan dan masak sehingga daging empuk dengan api perlahan,
5. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan masak sehingga hampir empuk.
6. Masukkan cilimerah dan cili hijau yang telah dibelah dua dan masak sehingga mendidih.
7. Masukkan garam dan hirisan daun sup,
8. Biarkan di atas api yang perlahan sehingga pecah minyak.
9. Sedia untuk dihidangkan