Saturday 15 September 2007

Kuih Ketayap / Gulung


Recipe For Kuih Ketayap or Kuih Gulung

Bahan Kulit (Batter)

1 cawan tepung gandum
1 cawan jus air pandan ( mesin 5 helai pandan + 1 cawan air)
1/2 cawan santan / susu segar
1 biji telur
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam

Bahan Inti

150g gula merah
3 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/2 cawan kelapa parut ( dessicated coconut)

(nota: sekiranya tiada pandan, gantikan 1 cawan jus pandan dengan 1 cawan air dan tambahkan pewarna hijau)

Cara-cara
  1. Untuk Inti, masukkan bahan ini ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api sederhana dan kacay sehingga sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kulit, masukkan semua bahan ke dalam 'blender' dan kisar. Tapiskan bahan yang telah dikisar.
  4. Panaskan 'non-stick pan' yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan & lenggangkan 'non-stick pan' supaya adunan rata & nipis.
  6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  7. Masukkan inti ditepi dan lipatkan bahagian kiri dan kanan dan gulung kemas-kemas.
  8. Lakukan sehingga selesai.

No comments: