Resipi Ayam Panggang
1 ekor ayam (dibersih dan ditoskan)
1 1/2 sudu besar chicken seasoning (jamaican seasoning)
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar lada hitam ( ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar olive oil
1 labu bawang putih (dibelah dua bersama kulit)
Cara-Cara
- Lumurkan ayam dimulai dengan 1 sudu kecil sebuk lada putih, kemudian chicken seasoning, kemudian 1 sudu kecil lagi serbuk lada putih dan kemudian lada hitam yang telah ditumbuk kasar tadi.
- Tuangkan madu dan olive oil di atas ayam yang telah dilumur tadi ke keseluruhan bahagian atas badan ayam.
- Masukkan bawang putih yang dibelah kedalam perut ayam.
- Perap selama 2-4 jam.
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam oven dan masak pada suhu 220 darjah celcius selama 45 minit. Terbalikkan ayam setelah 30 minit.
Tips:
- Madu hanya dituang tidak dilumur kerana madu tersebut akan menyebabkan bahan-bahan yang dilumur tadi menjadi bergentel dan tidak sekata pada badan ayam.
- Jangan masukkan garam sekiranya menggunakan seasoning ini.
- Kalau perap semalam lagi sedap.
- Boleh tambahkan lada hitam ikut citarasa masing-masing
Alhamdulillah... hasilnya tidak pernah mengecewakan.....
Source of recipe: my own creation
Resipi Nasi Jagung (Corn Rice)
2 1/2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
1/2 tin jagung ( dari tin jagung yang kecil)
3/4 cawan susu cair / susu segar
air mengikut sukatan beras
garam secukup rasa
Bahan Tumis:
1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 halia ( dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 batang serai (dititik)
2 sudu makan minyak
Cara-Cara
- Basuh dan toskan beras.
- Panaskan minyak di dalam periuk nasi, bila minyak panas masukkan serai, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bawang dan serai, goreng sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair/segar dan garam kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan beras yang ditos tadi dan kacau rata kemudian masukkan jagung.
- Masukkan air sedikit-sedikit sambil sukat sukatannya. Kacau sebati.
- Masuk nasi periuk tadi ke dalam "rice cooker" dan masak seperti nasi putih.
Tips:
- Lebih elokkan sekiranya menggunakan beras basmathi.
- Masukkan beras dahulu sebelum air, dapat menggelakkan nasi menjadi antah kerana air dapat disukat sebetulnya seperti memasak nasi putih. Alhamdulillah dengan kaedah ini saya tidak mengalami nasi antah lagi.
- Setelah nasi masak, kacau rata semasa ia masih basah di dalam rice cooker dan tutup sebentar. Kemudian swich off the rice cooker untuk mengelakkan nasi terlalu kering semasa dihidangkan.
- Sekiranya nasi menjadi kering, jangan masukkan air, sebaiknya kukus nasi tersebut sebelum dihidangkan.
- Tips memasak nasi ini boleh digunakan untuk memasak semua jenis nasi.
Selamat Mencuba.....
Source of recipe: my own creation