Sunday, 31 August 2008

Roasted Chicken with Corn Rice and Egg Madras


























Resipi Ayam Panggang

1 ekor ayam (dibersih dan ditoskan)
1 1/2 sudu besar chicken seasoning (jamaican seasoning)
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar lada hitam ( ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar olive oil
1 labu bawang putih (dibelah dua bersama kulit)

Cara-Cara

  1. Lumurkan ayam dimulai dengan 1 sudu kecil sebuk lada putih, kemudian chicken seasoning, kemudian 1 sudu kecil lagi serbuk lada putih dan kemudian lada hitam yang telah ditumbuk kasar tadi.
  2. Tuangkan madu dan olive oil di atas ayam yang telah dilumur tadi ke keseluruhan bahagian atas badan ayam.
  3. Masukkan bawang putih yang dibelah kedalam perut ayam.
  4. Perap selama 2-4 jam.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam oven dan masak pada suhu 220 darjah celcius selama 45 minit. Terbalikkan ayam setelah 30 minit.

Tips:

  • Madu hanya dituang tidak dilumur kerana madu tersebut akan menyebabkan bahan-bahan yang dilumur tadi menjadi bergentel dan tidak sekata pada badan ayam.
  • Jangan masukkan garam sekiranya menggunakan seasoning ini.
  • Kalau perap semalam lagi sedap.
  • Boleh tambahkan lada hitam ikut citarasa masing-masing

Alhamdulillah... hasilnya tidak pernah mengecewakan.....

Source of recipe: my own creation


Resipi Nasi Jagung (Corn Rice)

2 1/2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
1/2 tin jagung ( dari tin jagung yang kecil)
3/4 cawan susu cair / susu segar
air mengikut sukatan beras
garam secukup rasa

Bahan Tumis:

1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 halia ( dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 batang serai (dititik)
2 sudu makan minyak

Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan beras.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk nasi, bila minyak panas masukkan serai, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bawang dan serai, goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair/segar dan garam kacau rata dan biar seketika.
  4. Masukkan beras yang ditos tadi dan kacau rata kemudian masukkan jagung.
  5. Masukkan air sedikit-sedikit sambil sukat sukatannya. Kacau sebati.
  6. Masuk nasi periuk tadi ke dalam "rice cooker" dan masak seperti nasi putih.

Tips:

  • Lebih elokkan sekiranya menggunakan beras basmathi.
  • Masukkan beras dahulu sebelum air, dapat menggelakkan nasi menjadi antah kerana air dapat disukat sebetulnya seperti memasak nasi putih. Alhamdulillah dengan kaedah ini saya tidak mengalami nasi antah lagi.
  • Setelah nasi masak, kacau rata semasa ia masih basah di dalam rice cooker dan tutup sebentar. Kemudian swich off the rice cooker untuk mengelakkan nasi terlalu kering semasa dihidangkan.
  • Sekiranya nasi menjadi kering, jangan masukkan air, sebaiknya kukus nasi tersebut sebelum dihidangkan.
  • Tips memasak nasi ini boleh digunakan untuk memasak semua jenis nasi.

Selamat Mencuba.....

Source of recipe: my own creation

No comments: