Sunday 7 September 2008

Donut





Resipi Untuk Donut

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik / dipanaskan sedikit)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl) biar 5 minit sehingga berbuih.
  2. Masukkan sus, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung gandum. Gaul sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canai doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong dengan donut cutter or bahagikan doh kepada 18 bahagian yang seimbang. Bulatkan doh, buat lubang tengah guna dengan jari. I guna tudung botol.
  5. Tutup doh dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehinga perang keemasan. Salut dengan icing/chocolate semasa donut masih panas.

Source of recipe from mekarmewangi.blogspot.com

No comments: