Sunday, 30 November 2008

Kari Ikan Talapia

Kambing Kuzi



Resepi Kuzi Kambing

5 camca besar minyak masak
600 gram daging (mama guna lamb) dipotong sederhana besar
125ml susu cair
125 ml tomato soup
sedikit garam dan gula pasir

Bahan Kisar Halus
1 camca besar jintan putih
1 camca teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 biji bawang merah
2 biji buah pelaga
sedikit kulit kayu manis
sedikit lengkuas

Cara-caranya

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan dikisar halus hingga terbit bau.

2. Masukkan daging bersama susu cair, tomato soup, garam dan gula. Masak hingga daging
empuk dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. Angkat dan hidangkan.

3. sedap dimakan bersama nasi atapun roti naan.

Roti Bantal


Nasi Daging Air Asam

Tuesday, 7 October 2008

Cup Cake





















Cup cakes untuk harilahir Afifah yang ke 11. Mama buat untuk anak mama bagi dekat classmate on 6th Oct. "HAPPY BIRTHDAY SAYANG".

Saturday, 4 October 2008

Rendang Ayam Kedah

Wednesday, 1 October 2008

Salam Aidil Fitri : Eid Mubarak

Kek Raya

Biskut Raya

Saturday, 20 September 2008

Bubur Lambok

Mee Kari (Curry Noodles)

Monday, 15 September 2008

Karipap Ayam


Recipe for Karipap Ayam

Untuk Pastry

Mama gunakan lebihan pastry yang buat sardin roll dari posting yang lalu.

Untuk Inti

Ayam dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
cili merah dipotong halus
daun saderi.

Panaskan minyak, tumis bawang, masukkan ayam. Masukkan satu sudu remaph kari ayam dan gaul sebati. Masukkan cili dan daun saderi. Kacau rata dan masukkan garam sesedap rasa.

Source of recipe from my own creation

Sardin Roll


Recipe for Sardin Roll

For Pastry

250g butter
500g plain flour
a pinch of salt
cold water

Methods

Use rubbing in method to mix flour and butter until they become like bread crumbs. Add the salt and pour in cold water & knead into a dough. Leave the dough under damp cloth.

For filling

1 tin of pilchard in tomato sauce
chopped onions
1 chilli - chopped
a squeeze of lemon
a pinch of salt

Methods

  1. Mash the pilchard in tomato sauce and add the chilli and onions.
  2. put in salt and squeeze the lemon.
  3. Roll out the dough and cut out into rectangles.
  4. Put the filling and roll
  5. Do little cuts on the rolls before brushing egg yolk on top.
  6. Bake for about 40 minutes

Source of recipe from kakteh@blogspot.com

Saturday, 13 September 2008

Bubur Cha Cha


Recipe for Colourful Starch

150g tapioca flour
1/8 tsp salt
100ml boiling water
a little red, yellow and green food colouring

Methods

  1. Put tapioca flour and salt into a mixing bowl; pour in boiling water and stir well. Cover and leave aside for 15 min. Mix and knead into a non-stick dough. Divide the dough into 3 portions:mix one portion with red colouring, yellow and green.
  2. Roll each portion into a long thin sausage shape and dice into cubes.
  3. Bring 1/2 pot of water to boil; put in tapioca flour cubes & cook until all the cubes float up. Dish up and soak in ice water. Dish up and drain.

Source of recipe from Internet

Bihun Sup Utara

Friday, 12 September 2008

Baked Cara Berlauk

Thursday, 11 September 2008

Kek Pisang



Ikan Bakar Air Asam


Resipi Kembung Bakar Air Asam

Ikan Kembung disiang dan dibakar tawar.

Air Asam

3 biji cilipadi ( jika suka pedas letak la banyak)
garam secukup rasa
3cm belacan
2 biji tomato (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji limau nipis (diperah untuk jusnya)

Cara-cara

1. Tumbuk cilipadi,garam dan belacan (hati-hati jangan sampai mercik masuk mata), if not just
put in the dry blender and blend


2. Masukkan tomato dan bawang yang telah dihiris didalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan
yang ditumbuk tadi danjus limau nipis. Gaul sehingga rata.

3. Hidangkan bersama ikan yang telah dibakar tadi.

Sunday, 7 September 2008

Mee Hailam



Resipi untuk Mee Hailam (6 orang)

500g mee kuning (homemade mee)
300g udang sederhana besar
1 keping dada ayam (atau mana bahagian ayam, i gunakan chicken thigh)
1 biji capsicum hijau, merah (dipotong dadu)
4 kelopak kobis (dihiris)
2 biji tomato (dibelah 4)
1 cawan taugeh ( tak masukkan pun )
2 keping tauhu goreng (dihiris ) pun I tak masukkan

Bagi sayuran I masukkan cauliflower, broccoli,baby corn and carrot.

3 ulas bawang putih ( ditumbuk lumat )
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos abalone
1/2 camca teh minyak bijan ( I gunakan vegetable oil aje)
(gaul semua sos dan minyak bijan dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garan dan gula secukup rasa.

Cara-cara


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan campuran sos kicap pekat dan ayam; kacau sehingga sebati. Apabila ayam hampir masak masukkan 1 liter stok ayam dan udang dan masak sehingga mendidih. (Original resipi gunakan stok udang).
  2. Masukkan sayuran yang disediakan kecuali tomato dan kobis, garam dan gula secukup rasa. Masakkan sehingga sayuran agak empuk.
  3. Masukkan kobis, tomato, mee dan gaul sebati. Kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuat.
  4. Hidang dengan hiasan bawang goreng dan hirisan daun bawang dan sedap dimakan panas-panas.
  5. Jika sukakan pedas, boleh dipotong cilipadi.

Source of recipe from Myresipi.com.my

Homemade Mee

Kuih Bom




Resipi untuk Kuih Bom

Sebenarnay I gunakan the same recipe as nak buat Donut. SInce bulan ramadhan nie berbuka mesti ada kuih manis and pedas, so kuih pedas jadilah Kuih Bom.

Cara-cara

  1. Instead of buat doh jadi donut yang ada lubang ditengah, I just bentukkan bulat dan tekan sedikit agar leper sedikit. Then biar 30 minit ditudung dengan kain kering sehingga jadi 2 kail ganda.
  2. Goreng dengan api perlahan sehingga perang keemasan. biarkan sejuk seketika.
  3. Masakan sambal tumis ikan bilis. Ikan bilis tidak perlu digoreng dahulu cuma rendam bersama air sebelum dimasakkan bersama sambal yang ditumis. Biar ia pekat dan sebati.
  4. Belah ditengah kuih yang telah sejuk tadi, jangan belah sampai putus. Masukkan sambal ikan bilis di dalamnya dan letakkan hirisan timun.

Source of recipe from mekarmewangi.blogspot and my own creation

Donut





Resipi Untuk Donut

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik / dipanaskan sedikit)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl) biar 5 minit sehingga berbuih.
  2. Masukkan sus, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung gandum. Gaul sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canai doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong dengan donut cutter or bahagikan doh kepada 18 bahagian yang seimbang. Bulatkan doh, buat lubang tengah guna dengan jari. I guna tudung botol.
  5. Tutup doh dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehinga perang keemasan. Salut dengan icing/chocolate semasa donut masih panas.

Source of recipe from mekarmewangi.blogspot.com

Wednesday, 3 September 2008

Kari Ayam





Monday, 1 September 2008

Juadah Berbuka















































Sunday, 31 August 2008

Roasted Chicken with Corn Rice and Egg Madras


























Resipi Ayam Panggang

1 ekor ayam (dibersih dan ditoskan)
1 1/2 sudu besar chicken seasoning (jamaican seasoning)
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar lada hitam ( ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar olive oil
1 labu bawang putih (dibelah dua bersama kulit)

Cara-Cara

  1. Lumurkan ayam dimulai dengan 1 sudu kecil sebuk lada putih, kemudian chicken seasoning, kemudian 1 sudu kecil lagi serbuk lada putih dan kemudian lada hitam yang telah ditumbuk kasar tadi.
  2. Tuangkan madu dan olive oil di atas ayam yang telah dilumur tadi ke keseluruhan bahagian atas badan ayam.
  3. Masukkan bawang putih yang dibelah kedalam perut ayam.
  4. Perap selama 2-4 jam.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam oven dan masak pada suhu 220 darjah celcius selama 45 minit. Terbalikkan ayam setelah 30 minit.

Tips:

  • Madu hanya dituang tidak dilumur kerana madu tersebut akan menyebabkan bahan-bahan yang dilumur tadi menjadi bergentel dan tidak sekata pada badan ayam.
  • Jangan masukkan garam sekiranya menggunakan seasoning ini.
  • Kalau perap semalam lagi sedap.
  • Boleh tambahkan lada hitam ikut citarasa masing-masing

Alhamdulillah... hasilnya tidak pernah mengecewakan.....

Source of recipe: my own creation


Resipi Nasi Jagung (Corn Rice)

2 1/2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
1/2 tin jagung ( dari tin jagung yang kecil)
3/4 cawan susu cair / susu segar
air mengikut sukatan beras
garam secukup rasa

Bahan Tumis:

1/2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 halia ( dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 batang serai (dititik)
2 sudu makan minyak

Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan beras.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk nasi, bila minyak panas masukkan serai, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bawang dan serai, goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair/segar dan garam kacau rata dan biar seketika.
  4. Masukkan beras yang ditos tadi dan kacau rata kemudian masukkan jagung.
  5. Masukkan air sedikit-sedikit sambil sukat sukatannya. Kacau sebati.
  6. Masuk nasi periuk tadi ke dalam "rice cooker" dan masak seperti nasi putih.

Tips:

  • Lebih elokkan sekiranya menggunakan beras basmathi.
  • Masukkan beras dahulu sebelum air, dapat menggelakkan nasi menjadi antah kerana air dapat disukat sebetulnya seperti memasak nasi putih. Alhamdulillah dengan kaedah ini saya tidak mengalami nasi antah lagi.
  • Setelah nasi masak, kacau rata semasa ia masih basah di dalam rice cooker dan tutup sebentar. Kemudian swich off the rice cooker untuk mengelakkan nasi terlalu kering semasa dihidangkan.
  • Sekiranya nasi menjadi kering, jangan masukkan air, sebaiknya kukus nasi tersebut sebelum dihidangkan.
  • Tips memasak nasi ini boleh digunakan untuk memasak semua jenis nasi.

Selamat Mencuba.....

Source of recipe: my own creation

Saturday, 23 August 2008

Apam Balik

Sambil tengok tv lepas lunch, dok fikir nak masak apa untuk minum petang. Teringin nak makan apam balik. Kalau kat Malaysia, boleh pie beli je kat pasar malam. Duduk merantau nie, semuanya kena masak sendiri. Belek punya belek buku resipi ada resipi apam balik. So apalagi....terus pie masak.... masak dalam non stick pan je... tapi rasanya kurang garing and rangup mungkin api kuat sangat...next time kena perlahankan api tu sikit....tapi rasa apam balik tu memang ada. Siap untuk minum petang hari tu.... Kalau nak cuba, cuba la seperti resipi dibawah.
















Resipi Apam Balik


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
2 cawan air
1/2 camca kecil baking powder

Untuk tabur:

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak kemudian di kisar / tumbuk kasar jgn terlalu halus)
1 tin jagung (kat sini tak dak jagung mcm kat Malaysia, so I blend 1 small can sweet corn dan masak dengan 2 tbsp of custard and 2 tbsp milk, masak sampai pekat)

1 cawan gula
sedikit mentega


Cara-Cara

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan pukul lagi supaya ianya tidak bergentel.
  3. Panaskan non-stik pan, ambik satu senduk dan tuangkan ke dalam pan dan lenggang pan untuk menipiskan dan meratakannya.
  4. Tutup pan sebentar, apabila 1/2 masak, tabur bahan tabur tadi dan masak sehingga kekuningan.

Makan panas-panas.....hemmm sedapnya.

Taugeh Goreng Cendawan

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Chicken Soup Hor Fun

I bought fresh hor fun from china town yesterday. Mandy, my friend showed me the shop which sells halal hor fun. Since my children like to eat soup , so I decided to cook Chicken Soup Hor Fun for our lunch. Actually, 1 packet of Hor Fun is not enough for us, as a result I have to add it with vermicelli (meehoon).

Afif dan Afiq suka makan sup nie sampai hirup kuah.. SSrrrrppp...SSrrrppp...

Recipe for Chicken Soup Hor Fun

1 packet of Hor Fun (sliced)

For chicken soup:

3 pieces chicken thigh (cut into cube)

1 stick celery (sliced)

2 garlic (sliced)

1 inch ginger

1 chicken cube

1/2 tsp white pepper

3 bowls of water

2 fish cake (sliced)

For Garnishing:

2 hands full of bean sprout

2 spring onion

fried onion

Note: Serve together with chili soy sauce.

Happy 4th BDay Afiq 19.08.08

2 days before Afiq's birthday, I asked him what he wants for his birthday..... happily said that he only wants carrot cake....his favourite cake besides chocolate cake. A day before his birthday, he saw me look so tired and maybe he feels guilty asking for carrot cake then and he said "mama if you're tired, just make a small carrot cake". Kesianmya anak mama.... so on his birthday I make this cake...

HAPPY BIRTHDAY AFIQ.... DAH BESAR ANAK MAMA....



Saturday, 16 August 2008

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Kedekut

Chocolate Chips Muffin

Recipe for Chocolate Chips Muffin (12 cups)

The ingredients:

125g butter

100g sugar

150g self raising flour

2 eggs

2 tbsp cocoa powder

25g dark-choc (melted)

choc chips

Methods:

  1. Mix all the ingredients except melted dark-choc and choc chips in a mixer until inccorrelated.
  2. Then add in melted dark choc and choc chips
  3. Scoop into paper cups
  4. Bake in preheated oven for 15 minutes on 175 degrees celcius.

Note:

I also make a vanilla muffin using this recipe; replace the dark-choc with vanilla flavour and corn muffin by replacing dark-choc with vanilla/corn flavour and choc-chips with sweet corn.

Children Sweet Cake

I made this cake to bring to our friend's house... my girls helped me on the decoration....


Recipe for Children Cake

Cake ingredients:

350g plain flour

175g caster sugar

175g unsalted butter

3 level tsp cream of tartar

1 1/2 level tsp bicarbonate of soda

110ml milk

3 eggs

Topping ingredients:

200g icing sugar

300g cream cheese

Methods:

  1. Preheat oven gas mark 3, 170 degree celcius
  2. Combine flour,sugar,cream of tartar and bicarbonate of soda in a large mixing bowl
  3. Gently melt the butter in a small suacepan
  4. In a smaller bowl, beat the eggs thoroughly
  5. Pour the melted butter into the beaten eggs then pour the mixture on to the dry ingredients,stirring to blend thoroughly
  6. Add the milk then pour the mixture into the prepared tin and bake on the centre shelf for about 35 minutes or until the centre fells springy.
  7. Let the cake cool in the tin for 10 minutes then turn it out to a wire cooling rack.
  8. When absolutely cool, pour the topping on, which you make by sifting the icing sugar into a bowl and mixing with the cream cheese.
  9. Serve cut into small square.



Lebihan kek yang dipotong untuk menyamaratakan bahagian atas kek sebelum diletak topping.

Source of recipe: internet

Thursday, 7 August 2008

Kobis Cina Masak Lemak

Wednesday, 6 August 2008

Sate: My First Attempt


Recipe for Peanut Sauce (Kuah Kacang) :original recipe from Chef Wan

Ground to paste:

4 stalks lemon grass, sliced

1cm galangal

1cm ginger

1 tsp cumin seeds

1 tbsp coriander seeds

4 tbsp chili paste

4 tbsp vegetable oil

300gm roasted peanuts, ground coarsely

1 cup water

1/4 cup thick tamarind juice (strained from 2 tbsp tamarind pulp mixed with 1/4 cup water)

4 tbsp sugar

100gm palm sugar

salt to taste

Method:

1. Heat the oil in a pot and fry the paste till fragrant

2. Add the ground peanuts, water, tamarind juice, sugar, palm sugar and salt

3. Simmer till thick.

Monday, 14 April 2008

Prawn Paprik

Resipi Paprik Udang

Udang Kertas atau Harimau
Cili Kisar (cili serbuk, bawang besar, bawang putih dan belacan)
Sebatang serai (dititik)
Sos Tiram, kicap masin dan kicap manis
Daun limau purut

Sayur-sayuran

Kacang panjang
Putik Jagung
Tomato
Bunga Kobis
Kacang Sepat
Bawang besar (dipotong bulat)
Karot

Cara-caranya

Tumis cili kisar bersama minyak sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, dan kicap. kemudian masukkan karot.

Apabila karot hampir empuk, masukkan udang dan sayuran yang lain bersama hirisan daun limau purut. Akhir sekali masukkan tomato dan garm secukup rasa.

Angkat apabila semua sayur masak. Sedap dimakan bersama nasi.



Friday, 11 April 2008

Prawn Fried Rice


For our breakfast....

Lompang

Resipi untuk Lompang:

Bahan-Bahan


1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air
sedikit air kapur (kapur makan)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah


Kaedah Penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan air kapur yang telah ditapis.
  2. Tuangkan air gula yang suam dan dikacau rata.
  3. Panaskan cawan lompang dalam periuk kukus.
  4. Tapiskan adunan dan tuangkan dalam cawan kecil tadi.
  5. Kukus selama 20 minit.

Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Beef Kurma


Recipe for Beef Korma as per last year recipe...